Keluaran dan sambutan Rock_Bro!

Rock Bro ditayangkan pada 27 Oktober 2016.

Shazryn Mohd Faizal, penulis SuaraTV dalam tulisan beliau mengatakan, biarpun tidak ketawa berdekah-dekah tetapi penulis masih mampu tersenyum sepanjang menyaksikan Rock Oo! yang telah mencatatkan kutipan hampir RM4 juta sewaktu tayangannya sambil memuji kebijaksanaan Mamat dalam menghasilkan filem berkenaan. Rock Bro! adalah pengakhiran terindah untuk mengkhatamkan siri filem tersebut agar ia menjadi filem yang akan terus dikenang peminat sekali gus melekat di hati peminat tegar trilogi Rock. Jalinan cerita yang kemas dan pembentangan lakon layar yang divisualkan dengan baik oleh Mamat terus menguatkan Rock Bro! dalam menyampaikan maksud tersurat dan tersirat yang sebenarnya banyak boleh dikupas. Sindiran tajam dan pedas yang seringkali menjadi taruhan Mamat dalam setiap filemnya masih lagi berbisa dalam Rock Bro!. Malah, watak-watak yang ditonjolkan dalam filem ini juga mempunyai simbolisme tersendiri dalam menterjemahkan karakter sebenar mereka yang terlibat secara langsung di dalam industri. Disebabkan itu, Rock Bro! juga ialah penghargaan kepada industri muzik dan hiburan tempatan secara keseluruhannya dan sindiran Mamat untuk filem ini pastinya akan terkena diri mereka yang terlibat itu.[9]

Cinnamon Lion melalui tulisan dalam Cinema Online memberikan 4/5 bintang secara keseluruhan. Dalam ulasanya, Tidak seperti pendahulunya, filem ketiga sedikit lebih kepada bentuk peribadi dan dramatik kerana ia diambil daripada perspektif ketua kumpulan Rimba Bara iaitu Jijo, dan ia juga membentangkan kisah zaman kanak-kanak Jijo yang tidak pernah ditunjukkan dalam kedua-dua filem sebelumnya Tahniah kepada semua pelakon, tetapi perhatian utama filem ini adalah watak Khir Rahmania iatu Jijo yang benar-benar menarik dalam peranannya, menunjukkan sisi yang sama sekali baru untuk wataknya yang menyegarkan dan mengejutkan. Selain daripada Khir Rahman, pelakon baru, Amy Juliet juga memainkan peranan yang baik dalam menggambarkan ratu rock Malaysia Ella. Walaupun dia tidak mempunyai banyak adegan dalam filem itu, penampilannya pasti meninggalkan kesan yang besar kepada penonton. Secara keseluruhan, cerita dalam filem ini agak memuaskan dan ia berjaya dengan baik mengakhiri seluruh trilogi.[10]

Rujukan

WikiPedia: Rock_Bro! http://www.imdb.com/title/tt6109862/ http://sports.yahoo.com/news/mamat-khalid-rock-bro... http://www.bharian.com.my/node/197241 http://www.cinema.com.my/movies/details.aspx?searc... http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&d... http://postmetro.net/ella-berlakon-dalam-filem-roc... http://www.suara.tv/2016/11/03/rock-bro-pengakhira... https://www.mstar.com.my/spotlight/wayang/2016/11/... https://www.nst.com.my/news/2016/10/180271/rock-so... https://www.nst.com.my/news/2016/10/183833/movie-r...